Nadeera Zaini juara Big Stage musim kelima - Utusan Malaysia

Nadeera Zaini juara Big Stage musim kelima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Menepati ramalan, Nadeera Zaini dinobatkan sebagai juara pertandingan nyanyian Big Stage musim kelima.

Lagu taruhannya di pentas akhir, Never Enough nyanyian asal Loren Allred berjaya menambat hati juri dengan markah keseluruhan tertinggi iaitu 68.39 peratus.

“Ini adalah impian saya selama ini, terima kasih ibu bapa yang menyokong saya selama ini. Terima kasih juri. Terima kasih peminat, kalian adalah nadi saya.

“Semoga Allah membalas jasa baik mereka yang mengundi saya,” katanya.

Kemenangan ini melayakkan Nadeera membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000, trofi kemenangan dan sebuah single ciptaan komposer antarabangsa, Hyun Sik.

Tempat kedua dimenangi penyanyi asal Indonesia, Waode dengan markah 64.25 peratus. Woede membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000 berserta trofi.

Manakala tempat ketiga dimenangi Putera Muhammad dengan markah 64.19 peratus. Putera membawa pulang wang tunai bernilai RM25,000 dan trofi.

Pasangan duo asal Korea Selatan, Hoondo dinobatkan pemenang tempat keempat dengan markah 61.60 peratus sekali gus membawa pulang wang tunai bernilai RM15,000 berserta trofi.

Tempat kelima pula dimenangi Aufahanie dengan markah 54.61 peratus. Dia turut memenangi hadiah dominasi persembahan terbaik yang melayakkan Aufa membawa pulang RM8,000.

Selesa di tempat keenam ialah Puteri Khaareza dengan markah 49.58 peratus sekali gus membawa pulang wang berjumlah RM5,000 berserta trofi.

Konsert akhir program realiti itu menyaksikan Aina Abdul dan Ajai selaku juri tetap manakala maestro tersohor, Datuk Ramli MS sebagai juri jemputan.

Kerusi Presiden Netizen pula diisi oleh Jihan Muse. Big Stage 2022 dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya