Mayat mangsa kelapan kepala air ditemukan - Utusan Malaysia

Mayat mangsa kelapan kepala air ditemukan

MAYAT Putri Alleya Maisarah Karim dibawa ke Pusat Kawalan Operasi untuk pengecaman oleh waris di Balai Polis Air Putih, Kemaman, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Mayat mangsa kelapan, dalam tragedi kepala air di Jeram Mawar Air Putih, di sini ditemukan pada hari ketiga operasi mencari dan menyelamat, petang ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, mayat Putri Alleya Maisarah Karim,16, ditemukan  kira-kira pukul 3 petang tadi.

“Mayat mangsa ditemukan tersangkut pada beting pasir lima meter dari tebing sungai, iaitu jarak  dua kilometer dari tempat kejadian iaitu hanya 500 meter dari lokasi mangsa kedua iaitu adiknya, Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, yang ditemukan pada Ahad.

“Mayat mangsa tiba di Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih pukul 3.50 petang ini dan keluarga mangsa telah membuat pengecaman berdasarkan kuku dan wajah mangsa,” katanya pada sidang media hari ini.

Hanyan berkata, pada sebelah pagi tadi, mayat mangsa ketujuh, Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18,  ditemukan pada pukul 7.45 pagi berhampiran sungai belakang Masjid Kampung Dadong iaitu sejauh 24 kilometer dari lokasi kejadian.

Enam mangsa lain yang ditemukan sejak Ahad lalu ialah Karim Abdullah, 39, dan isterinya, Azizah Eiyi, 40, serta empat anak mereka iaitu Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, Putri Nurerina Natasya,10, Muhammad Haziq Ziqree Karim,6 dan Putri Aryana Umaira Karim, 4.

Dua lagi mangsa yang belum ditemui setakat pukul 4 petang ini ialah Putri Nor Fatin Karim, 14 dan tunang kepada Putri Balqis Izzati, iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 hingga 6 petang pada Sabtu lalu, sembilan sekeluarga termasuk seorang bakal menantu ahli keluarga itu dikhuatiri hilang ekoran insiden kepala air berikutan hujan lebat berlaku. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya