ALOR SETAR: Pernah bertembung di Parlimen Pokok Sena pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Datuk Mahfuz Omar (Amanah) sekali lagi bertemu dengan calon Perikatan Nasional (PN), Mohd. Radhi Mat Din yang juga legenda bola sepak Kedah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu. Pada PRU14, Mahfuz menang dengan majoriti 5,558 undi. Alor Mengkudu adalah antara kerusi panas dalam Parlimen Alor Setar yang menjadi perhatian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah…

 
								 
											








