Laluan ke dua pusat penamaan calon Ampang ditutup sementara - Utusan Malaysia

Laluan ke dua pusat penamaan calon Ampang ditutup sementara

KKM dan SPR menetapkan panduan pengurusan pengundi Covid-19 positif bagi PRN kali ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beberapa laluan menuju ke dua pusat penamaan calon bagi pilihan raya negeri (PRN), di Ampang akan ditutup pada Sabtu ini.

Penutupan jalan itu akan bermula pukul 7 pagi bagi membolehkan proses penamaan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N19 Bukit Antarabangsa, N20 Lembah Jaya, N21 Pandan Indah dan N22 Teratai berjalan lancar.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, penutupan jalan akan dilaksanakan sehingga proses penamaan calon selesai.

“Penamaan calon akan dijalankan di Dewan Dato Ahmad Razali dan lencongan serta tapisan kenderaan di lampu isyarat Taman Dagang dari arah Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Azam berkata, kenderaan ringan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Lembah Jaya akan dilencongkan ke arah Jalan Merbau-Jalan Pinang-Jalan Ampang.

“Kenderaan dari arah Lembah Jaya menghala ke Kuala Lumpur akan dilencongkan ke Jalan Wawasan-Jalan Merdeka-Jalan Ampang,” jelasnya.

Beliau berkata, bagi laluan berhampiran lokasi penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Jalan Pandan Ilmu pula kenderaan dari arah Jalan Pandan Utama menghala ke Jalan Bunga Raya akan dilencongkan ke Jalan Pandan Aman-Jalan Mawar-Jalan Bunga Raya.

“Laluan dari arah Jalan Bunga Raya menghala ke Jalan Pandan Utama akan ditutup sepenuhnya, oleh yang demikian, laluan alternatif bagi kenderaan yang menghala ke Jalan Pandan Utama boleh masuk ke Jalan Bunga Mawar-Jalan Pandan Aman-Jalan Pandan Ilmu,” jelasnya.

Katanya, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, diarahkan untuk membuat penutupan jalan dan lencongan kenderaan di beberapa jalan tertentu yang difikirkan perlu bagi melancarkan serta menjamin keselamatan di sepanjang proses penamaan calon berlangsung.

“Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan hotline Trafik IPD Ampang Jaya di 03-92740112,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN