Komposer terkenal cuba bangkit daripada merempat - Utusan Malaysia

Komposer terkenal cuba bangkit daripada merempat

ROSS Ariffin masih mempunyai sentuhan bermain piano di sebuah hotel bajet di Jonker Walk, Banda Hilir, Melaka. – UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Siapa sangka seorang komposer dan penerbit ter­kenal, Ross Ariffin atau nama sebenarnya Roslan Ariffin, 61, di waktu popularitinya hidup serba mewah dan disanjung tinggi, kini cuba bangkit daripada hidup merempat.

Dia yang cukup dikenali sebagai pencipta lagu seperti ‘Dia’ dinyanyikan Fauziah Latiff; ‘Kau dan Aku’ nyanyian Ning Baizura; ‘Kurniaan Dalam Samaran’, Datuk Siti Nurhaliza; ‘Semalam Ku Tolak Ke Tepi’, Liza Aziz dan banyak lagi hidup ibarat ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.

Malah Ross pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang muzik di Redbridge, London pada usia 12 tahun serta menjadi pemain piano profesional.

Di sebuah hotel bajet di Jonker Walk di sini, Ross be­kerja melipat tuala dan cadar, menyapu lantai serta menjaga kaunter tanpa bayaran, sebaliknya dibenarkan menginap di situ secara percuma.

“Hidup saya tidak seperti dahulu. Saya hilang segala-gala­nya sejak wabak Covid-19 kerana industri muzik menyebabkan ramai hidup me­larat.

“Saya tidak terkecuali pernah menjadi gelandangan tidur di kaki lima Pasar Seni, Kuala Lumpur serta mendapat makan di Pertiwi Soup Kitchen setiap hari. Bila saya hidap sa­kit jantung dan dua kali di­serang strok, kehidupan saya terumbang-ambing.

“Saya ambil keputusan balik ke Melaka cuba cari pekerjaan dan perbaiki kehidupan dalam keadaan kesihatan sedikit terjejas,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Tambah Ross, dia berhijrah ke Melaka sejak sebulan lalu dan masih berhasrat untuk kembali mencipta lagu seperti zaman kegemilangannya.

Antara kejayaan diraih Ross adalah melalui lagu ‘Semalam Ku Tolak Ke Tepi’ nyanyian Liza Aziz memenangi ABU Golden Kite World Song Festival dan Anugerah Industri Muzik (AIM) untuk Album Pop Terbaik milik penyanyi Aishah.

“Semangat untuk bangkit semula selepas mengingat kembali kejayaan yang pernah diraih iaitu menerusi lagu ‘Ceritera Cinta’ nyanyian Jaclyn Victor menang Vokal Terbaik Juara Lagu (AJL) Ke-22 pada 2008,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya