PETALING JAYA: “Budaya kerja yang mementingkan hierarki dan kekananan yang diamalkan di negara ini antara punca ramai tenaga mahir Malaysia berhijrah ke luar negara,” kata seorang Pengarah Perubatan Kanan sebuah syarikat bioteknologi dan farmaseutikal yang berpangkalan di Eropah. Bercakap kepada Utusan Malaysia, anak jati Pulau Pinang yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd. Fairuz itu berkata, budaya kerja terbuka diamalkan di Eropah membolehkan sesiapa sahaja berpeluang berjaya dan dinaikkan pangkat berdasarkan…










