Kalau anda tahu saksi itu di mana, tunjuk lah - Azam Baki

Kalau anda tahu saksi itu di mana, tunjuk lah – Azam Baki

AZAM Baki berbual bersama kakitangannya ketika melawat bilik gerakan PRN di Bangunan SPRM Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: SPRM masih menjejaki seorang individu yang disyaki menjadi ejen yang dikatakan meminta wang rasuah dalam urusan ‘menyelesaikan’ kes melibatkan seorang pelancong asing dikatakan tidak memenuhi syarat kemasukan ke negara ini.

Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, beliau telah mengatahkan siasatan berkenaan kes tersebut dilengkapkan dan dikemukakan kepada timbalan pendakwa raya untuk dibuat kajian bagi melihat kepada sebarang unsur jenayah.

Pada masa sama, beliau turut menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat keberadaan saksi itu termasuk dua saksi yang disahkan telah pulang ke negara asal China.

“Saksi yang dikatakan ejen yang menghubungi seorang saksi kita iaitu perempuan China itu, (ejen itu) ada di sini iaitu rakan kepada perempuan yang ditahan itu tidak dapat dikesan.

“Ada juga yang masih lagi orang tak percaya kepada SPRM yang mengatakan dua saksi itu telah balik China, kalau kamu boleh tunjuk di mana saksi itu, kami bersedia lah (menjalankan tugas).

“Sebab orang yang pandai-pandai di luar sana kata saksi itu (masih) di Malaysia. Jika kami rasa kami tak berupaya menjalankan tugas, tunjukkan kepada kami dia saksi itu berada di mana,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, SPRM negesahkan dua wanita China yang dikaitkan dengan kekecohan di balai ketibaan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini sudah pulang ke negara asal.

Azam berkata, pihaknya sudah membuat semakan dengan Jabatan Imigresen dan sistem menunjukkan mereka iaitu dua saksi berkenaan telah meninggalkan negara ini.

“Sebab kami tak pandai buat kerja kan? Jadi kamu yang tahu di mana saksi itu. Apabila kita kata saksi itu sudah balik China, kamu kata ada di sini, jadi tunjuk lah kepada kami, mungkin kami tak perasan,” sindir beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya