ALOR GAJAH: Rasa dan kelikatan yang berbeza membuatkan dodol cair antara menu yang wajib dicari pada musim perayaan. Ketika ditemui Mingguan Malaysia, seorang peniaga dodol cair, Muhammad Fakhruddin Norankhairolhidzam, 18, berkata, juadah tradisi itu mendapat tempat dalam kalangan penggemar dodol khususnya pelancong kerana sukar ditemukan di tempat lain. Katanya, dodol cair yang dijual di gerai Restu Kami di Simpang Ampat di sini adalah resipi ibunya, Norraidah Mad Nor, 47. “Ibu…