Jocelyn Chia persoal sikap pilih kasih Malaysia terhadap Matty Healy - Utusan Malaysia

Jocelyn Chia persoal sikap pilih kasih Malaysia terhadap Matty Healy

KERATAN laporan Utusan Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelawak kontroversi, Jocelyn Chia mendakwa Malaysia bersikap pilih kasih kerana gagal mengambil sebarang tindakan terhadap vokalis The 1975, Matty Healy atas perbuatan cium sesama jenis di pentas Festival Good Vibes 2023.

Wanita itu hairan dan terkejut serta mempersoal mengapa Malaysia berlembut sedangkan dia menjadi sasaran buruan pihak berkuasa negara ini sehingga mahu menggunakan khidmat polis antarabangsa.

“Selamat datang Matty Healy ke dalam senarai yang disekat oleh Malaysia. Bagaimanapun, mana arahan supaya dia ditahan dan Interpol digesa mengesan di mana dia berada kerana dikatakan melanggar undang-undang Malaysia ketika berada di negara itu?

“Adakah Malaysia telah berlembut, atau apa sebenarnya. Tidak, apa yang dikatakan oleh beberapa orang tentang saya dan menjadi sasaran, saya tidak begitu percaya.

“Sebab dia orang kulit putih? Malaysia tidak mungkin mempunyai double standard sekarang bukan?” Soal Jocelyn dalam ciapan menerusi akaun Twitternya, @JocelynChia pada 23 Julai lalu.

Sebelum ini, Jocelyn pernah mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia dengan melakukan gurauan sensitif mengenai tragedi MH370, namun beliau seperti tidak berasa bersalah apabila masih menegaskan tindakannya adalah betul.

The 1975 pula dikecam teruk kerana dikatakan memegang botol arak ketika berada di atas pentas selain berkelakuan lucah dan membuat ucapan menghina undang-undang berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) semasa mengadakan persembahan di Festival Good Vibes Festival di Sepang, minggu lalu.

Susulan itu, Kementerian Komunikasi dan Digital melalui Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-PUSPAL) membuat keputusan menyenarai hitam kumpulan muzik British itu daripada membuat sebarang persembahan di negara ini.

Menurut JK-PUSPAL, tindakan itu diambil berikutan The 1975 telah menghina, memperlekeh undang-undang negara dan melanggar tatasusila rakyat Malaysia ketika mengadakan persembahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya