Jangan terlalu taasub; tangkapan Sanusi dan Anwar berbeza - Rafizi - Utusan Malaysia

Jangan terlalu taasub; tangkapan Sanusi dan Anwar berbeza – Rafizi

RAFIZI Ramli ketika berucap pada ceramah Jelajah Madani Harapan DUN Seberang Jaya, Pulau Pinang malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

SEBERANG PERAI: Ketaasuban penyokong Perikatan Nasional (PN) yang menggambarkan tangkapan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor sama seperti situasi Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 disifatkan mengarut.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, situasi Muhammad Sanusi ternyata berbeza kerana beliau hanya ditahan sebelum dibawa ke Mahkamah Sesyen untuk pendakwaan.

“Saya pun pernah buat kerja sebagai pembangkang, kona kona (pusing-pusing) mesti masuk soal (Muhammad) Sanusi sebab beliau jejaka Malaya paling glamor.

“(Muhammad) Sanusi tak masuk lokap pun, beliau kena tahan dan kena dakwa tapi disamakan dengan Anwar masa tahun 1998, lainlah kalau ada orang sepak terajang beliau.

“Kecoh kononnya orang-orang dalam Kerajaan Perpaduan ni takut dengan Sanusi sampai beliau kena tangkap pukul 3 pagi dan kena dakwa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah Jelajah Madani Harapan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya, di sini malam tadi.

Mengulas lanjut, Rafizi turut menasihati Pengarah Pilihan Raya PN itu supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan kerana dibimbang akan merasai peluang ‘mandi bogel’ di dalam lokap.

Dalam pada itu, Rafizi berkata, tiada ahli politik dalam PKR ditangkap atau didakwa atas kesalahan menghina institusi diraja.

“Pelik mereka (PN) yang menunjukkan diri sebagai parti memperjuangkan Melayu, Islam didakwa atas kesalahan menghina raja.

“Kalau saya yang kata macam itu (memperlekehkan raja-raja) mesti beribu-ribu ahli Pas sudah keluar berarak atas jalan dan saya kena masuk gua kerana takut untuk keluar.

“Saya cuma nak nasihat lagi, kalau beliau (Muhammad Sanusi) rasa dah nak jadi hebat, kacau, langgar itu ini, tak ada masalah tapi kena bersedia terima akibatnya,” katanya.

Turut berkongsi pentas ceramah itu ialah Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Nik Nazmi Nik Ahmad serta Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abd Halim.

Semalam, media melaporkan Muhammad Sanusi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang, Selangor atas dua pertuduhan menghasut dalam satu ceramah di sini minggu lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya