Jabatan Kecemasan dan Pesakit Luar HBP bakal manfaatkan penduduk Balik Pulau - Utusan Malaysia

Jabatan Kecemasan dan Pesakit Luar HBP bakal manfaatkan penduduk Balik Pulau

DR. ZALIHA Mustafa meninjau kemudahan perubatan yang ditempatkan di Jabatan Kecemasan dan Pesakit Luar HBP di Balik Pulau, Pulau Pinang hari ini. - Pic: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BALIK PULAU: Bangunan baharu Jabatan Kecemasan dan Pesakit Luar di Hospital Balik Pulau (HBP) di sini, yang telah beroperasi pada Mac lalu dapat membantu dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan terutama melibatkan kes-kes kecemasan dan trauma di daerah ini.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, jabatan itu akan memberi manfaat kesan kepada penduduk di Balik Pulau yang tidak lagi perlu ke Hospital Pulau Pinang (HPP) yang terletak berjauhan untuk mendapatkan rawatan.

“Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua warga kerja Jabatan Kesihatan negeri umumnya dan HBP khususnya kerana telah menerima sebuah blok hospital yang baharu untuk menjalankan tugasan harian.

”Dalam masa sama, kualiti perkhidmatan yang ditawarkan di jabatan ini adalah setanding dengan apa yang ditawarkan di HPP,” katanya ketika berucap merasmikan Jabatan Kecemasan dan Pesakit Luar Hospital Balik Pulau(HSB), di sini hari ini.

Menurut Zaliha, Projek Pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 3) Air Putih di sini juga sedang berada dalam fasa akhir penyiapan dan dijangka siap sepenuhnya sebelum penghujung tahun ini.

”Dengan beroperasinya klinik kesihatan baharu ini kelak yang jaraknya hanya kira-kira tiga kilometer dari HBP, ia juga akan dapat mengurangkan beban tugas di Jabatan Kecemasan dan Pesakit Luar.

”Kes-kes kecemasan yang lebih ringan dapat dikendalikan di klinik kesihatan ini terutamanya yang melibatkan rawatan di peringkat zon hijau,” katanya.

Tambah beliau, sebahagian perkhidmatan rawatan pesakit luar juga boleh diagihkan ke klinik kesihatan terbabit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya