Dua lagi mayat mangsa tragedi kepala air ditemukan - Utusan Malaysia

Dua lagi mayat mangsa tragedi kepala air ditemukan

ANGGOTA bomba mengusung mayat salah seorang yang ditemukan di Sungai Teladas, Air Putih, Kemaman, sebentar tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Dua mayat mangsa tragedi kepala air berdekatan Jeram Mawar, Air Putih dekat sini berjaya ditemukan sebentar tadi.

Mayat Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, ditemui pasukan mencari dan menyelamat berhampiran Sungai Teladas di sini pada pukul 11.05 pagi.

Seorang lagi mayat kanak-kanak perempuan pula dijumpai tidak jauh dari lokasi penemuan Muhammad Haziq Ziqree pada pukul 11.25 pagi.

Begitupun, identiti mayat masih belum dikenal pasti.

Jarak penemuan kedua-dua mayat dengan lokasi kejadian lebih 15 kilometer.

Usaha untuk membawa keluar kedua-dua mangsa sedang dilakukan pasukan mencari dan menyelamat.

Utusan Online semalam melaporkan seramai 10 mangsa termasuk sembilan sekeluarga dihanyutkan arus deras ekoran fenomena kepala air sewaktu berkelah di Jeram Mawar.

Dua mayat iaitu Azizah Eiyi, 40, dan anak keempatnya, Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11 masing-masing pada pukul 12.45 tengah hari dan 5 petang semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN