Casablanca 2.0 suntik elemen Perancis - Utusan Malaysia

Casablanca 2.0 suntik elemen Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas kejayaan lagu Casablanca yang mencipta fenomena, komposer dan penulis lirik, Daqmie berhasrat meneruskan kesinambungan lagu tersebut dengan menghasilkan lirik dan lagu Casablanca 2.0 menggunakan bahasa Perancis.

Katanya, lagu baharu itu juga akan dinyanyikan oleh penyanyi sama, Nuha Bahrin dan Naufal Azrin yang berjaya meraih 29 juta tontonan dalam Youtube menerusi single Casablanca, tahun lalu.

“Lagu dan lirik semuanya sudah siap, hanya tinggal proses rakaman sahaja. Apapun, terpulang kepada syarikat rakaman dan pasukan produksi yang diketuai oleh pengurusnya, Amir.

“Strategi kali ini berbeza sedikit kerana saya mahu beri suntikan elemen Perancis dalam lagu itu,” katanya semasa sidang akhbar Konsert 5 Rukun di sini, kelmarin.

Tahun lalu, muzik lagu Casablanca mencetuskan fenomena sheingga dilayari lebih 2.5 juta kali dalam Spotify dan dijadikan muzik latar bagi kebanyakan video yang dihasilkan pengguna media sosial di Tiktok dan Instagram.

Lagu itu diterbitkan Universal Music Malaysia dan Bee Good Media dengan liriknya dicipta Daqmie dan Abdul Karim Al Ali manakala produser, Amir Hufaz, Khairul, Wan Saleh dan Daqmie.

Selain itu, lagu berkenaan juga mendapat kedudukan tempat pertama di aplikasi JOOX Malay Hits, manakala di aplikasi Apple Music Top 100, Casablanca menduduki tempat kedua.

Dalam perkembangan lain, Daqmie berkata, Konsert 5 Rukun bakal menggabungkan lima artis legenda tanah air iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica termasuk dirinya yang diilhamkan hasil penerbitan album Sahabat Selamanya.

Jelasnya, teras persahabatan kukuh yang sekian lama terjalin antara kelima-lima Geng Sahabat Selamanya akan diterjemahkan di dalam konsert yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, pada 15 September depan.

“Konsep konsert ini berpaksikan lima Rukun Islam yang menjadi teras dalam perjuangan kami sepanjang berkarya di dalam industri serta kehidupan bersahabat.

“Konsert ini mengandungi lima segmen yang akan dijayakan setiap lima Geng Sahabat Selamanya dengan pemilihan lagu hebat masing-masing menerusi persembahan secara solo, duet dan nyanyian beramai-ramai,” katanya.

Ditanya kebimbangan menjelang konsert yang berbaki dalam tempoh dua bulan, Daqmie berkata, dia yakin konsert tersebut bakal mendapat sambutan daripada peminat nasyid.

“Saya rasa risau itu makin kurang sebab kami hanya perlu pastikan 1,500 tiket terjual. Ini bermakna, kami ada lima kumpulan dan kalau dipecahkan mengikut peminat masing-masing, perlu jual dalam 300 tiket.

“Teknikalitinya begitu, belum lagi ada pihak yang sudi menaja tiket pada saat-saat akhir,” katanya mengenai konsert yang turut diiringi oleh Orkestra Tradisional Malaysia dari Istana Budaya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN