Bot, mesin pengimbas rosak milik JKDM dibaik pulih - Utusan Malaysia

Bot, mesin pengimbas rosak milik JKDM dibaik pulih

STEVEN Sim ketika mengadakan lawatan kerja ke Kompleks JKDM di Seberang Jaya, Pulau Pinang hari ini. - Pix: SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

SEBERANG PERAI: Sebanyak tiga daripada lima bot milik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang yang rosak kini sedang dibaik pulih bagi memperkasakan pertahanan perairan negara.

Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong berkata, kerja baik pulih berkenaan dijangka mengambil masa kira-kira sebulan.

Katanya, bermula awal tahun ini, pihaknya telah menetapkan polisi baharu iaitu peruntukan baik pulih bagi kerosakan di bawah RM100,000 akan diluluskan oleh kerajaan negeri.

“Satu daripada tiga bot yang rosak akan menerima peruntukan bawah kerajaan negeri manakala kos baik pulih dua bot lagi juga kementerian sudah luluskan.

“Kita sedia maklum, perairan negeri ini sering menjadi tumpuan bagi kegiatan penyeludupan dan kita mahu pastikan kelengkapan agensi sentiasa berfungsi dengan baik.

“Kita jangka kesemua bot dapat kembali beroperasi dalam tempoh sebulan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Kompleks JKDM di Seberang Jaya, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau turut memaklumkan dua daripada empat mesin pengimbas kontena di Pelabuhan Pulau Pinang (Penang Port) yang rosak kini sedang dibaiki.

“Secara keseluruhannya, terdapat 10 mesin pengimbas yang mana enam daripadanya ditempatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) untuk pemeriksaan beg dan kurier manakala empat lagi di pelabuhan.

“Setakat ini, mesin pengimbas JKDM di lapangan terbang berfungsi dengan baik sekali gus mempertingkatkan keselamatan di pintu masuk negeri ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya