Bomba selamatkan orang kurang siuman tersangkut atas pokok - Utusan Malaysia

Bomba selamatkan orang kurang siuman tersangkut atas pokok

SEORANG lelaki dipercayai kurang siuman tersangkut pada dahan sebatang pokok yang tinggi sebelum berjaya diturunkan oleh sepasukan anggota bomba di Seberang Jaya, Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki dipercayai kurang siuman tersangkut pada dahan sebatang pokok yang tinggi ketika cuba untuk turun dari pokok tersebut di Seberang Jaya, semalam.

Jurucakap bomba berkata, mereka menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 8.08 pagi sebelum tiba ke lokasi tidak lama kemudian.

Katanya, bomba tiba dengan kekuatan enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai dengan dibantu oleh BBP Perai.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, terdapat seorang lelaki berada di atas pokok pada ketinggian kira-kira 20 meter.

“Kerja-kerja menurunkan mangsa kemudian dilakukan dengan menggunakan tangga milik jentera bomba.

“Mangsa kemudian berjaya diturunkan dalam keadaan yang baik sebelum diserahkan kepada polis dan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya