Bayaran kena setimpal - Utusan Malaysia

Bayaran kena setimpal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penerbit, Ellie Suriaty Omar, 53, menyelar penerbit yang memberi bayaran terlalu rendah kepada pelakon  berpengalaman.

Katanya, tindakan tersebut sama sekali tidak wajar dan perlu segera dihentikan kerana membunuh dan merosakkan industri.

“Kita tidak boleh pilih pelakon berbakat (senior) begitu sahaja, ia adalah anugerah Tuhan. Jadi, bayaran kena setimpal. Jangan underpaid pelakon veteran.

“Adalah sangat menyedihkan apabila pelakon baharu dibayar tinggi berbanding pelakon senior yang lebih berpengalaman.

“Kena ingat, bayaran rendah tidak justified impak yang pelakon lama beri kepada masyarakat. Kongsi rezeki yang Allah berikan seadanya,” katanya.

Ellie berkata demikian ketika ditemui pemberita sempena majlis tayangan drama-drama terbaru Astro dan sidang media semalam.

Turut hadir adalah pelakon  Nasir Bilal Khan, Ayda Jebat, Fadlan Hazim, Azri Iskandar dan ramai lagi.

Ellie dalam pada itu tidak merasakan perlu timbul isu apabila dia dan Azri hadir dalam majlis atau acara yang sama. Katanya, sebagai penggiat seni, mereka profesional.

“Kami dalam bidang sama, malah tak pernah tukar kerja. Mustahil kami tak boleh berada dalam majlis yang sama.

“Profesional, bahkan hubungan dia dan anak-anak juga baik. Saya galakkan anak-anak hubungi dia setiap hari,” katanya yang memaklumkan kali pertama menghadiri majlis yang turut didatangi Azri selepas perceraian mereka.

Bagaimanapun, Ellie memaklumkan dia, buat masa ini belum bersedia dan akan menolak sekiranya diminta berlakon bersama Azri dalam satu babak.

“Kalau satu filem atau drama, okey, bukan satu babak. Belum masanya,” jawabnya ringkas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN