Arkitektur kewangan antarabangsa bantu negara membangun atasi krisis

Arkitektur kewangan antarabangsa bantu negara membangun atasi krisis

ZAMBRY Abdul Kadir pada Mesyuarat Peringkat Menteri Luar Negeri NAM di Baku, Azerbaijan. - GAMBAR IHSAN WISMA PUTRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia membangkitkan keperluan penambahbaikan arkitektur kewangan antarabangsa untuk membantu negara-negara membangun mengatasi pelbagai masalah berkaitan kewangan.

Perkara itu disuarakan melalui Kenyataan Malaysia yang disampaikan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir pada Mesyuarat Peringkat Menteri Luar Negeri Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) di Baku, Azerbaijan semalam.

Menurut kenyataan Wisma Putra, cadangan arkitektur kewangan antarabangsa itu dapat membantu negara-negara membangun seperti krisis kewangan, inflasi, peningkatan kadar bunga dan ketiadaan kelangsaian kehutangan.

Malaysia turut menzahirkan kebimbangan berhubung peningkatan kebencian dan tindakan melampau di negara-negara tertentu termasuklah kes pembakaran al-Quran di Sweden.

“Malaysia menekankan bahawa ketaksuban, Islamophobia, sikap rasis dan sebarang tindakan pemusnahan teks keagamaan tanpa mengira agama perlu dikecam.

“Selain itu usaha pembaharuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memastikan aspirasi dan kepentingan ahli-ahli PPB juga perlu dititikberatkan dan diperjuangkan secara adil dan saksama,” katanya hari ini.

Menerusi mesyuarat yang dihadiri lebih daripada 100 wakil negara anggota NAM itu, Malaysia juga menzahirkan kekecewaan ASEAN terhadap NAM di atas keengganan NAM menerima cadangan ASEAN berhubung Laut China Selatan dalam Dokumen Akhir Mesyuarat yang berpanjangan selama hampir 10 tahun.

Wisma Putra berkata, keberanian Malaysia yang lantang menyuarakan kritikan terhadap NAM ini mendapat sokongan daripada wakil negara-negara anggota NAM yang hadir termasuklah dalam kalangan negara-negara ASEAN.

Malaysia turut menekankan bahawa NAM perlu kekal relevan dan tidak memihak kepada mana-mana kuasa besar selaras dengan prinsip asas NAM.

“NAM tidak boleh mengenepikan kebimbangan dan kepentingan negara-negara anggota dalam menegakkan prinsip-prinsip NAM tersebut.

“Malaysia percaya NAM akan terus memainkan peranan dengan lebih berkesan, dinamik dan progresif terhadap isu-isu di peringkat serantau dan global dalam kalangan negara-negara anggota sekiranya NAM kekal dengan prinsip-prinsip penubuhannya yang berkecuali,” katanya. – UTUSAN

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.