Anwar ulangi pendirian tidak pernah khianat orang Melayu, umat Islam - Utusan Malaysia

Anwar ulangi pendirian tidak pernah khianat orang Melayu, umat Islam

ANWAR Ibrahim menyaksikan penyerahan replika cek oleh Chow Kon Yeow kepada wakil Institusi Tahfiz Pulau Pinang di Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini. - Pix: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KEPALA BATAS: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendiriannya bahawa beliau tidak pernah mengkhianati kaum Melayu dan umat Islam sepanjang memegang tampuk pemerintahan sejak lapan bulan lalu.

Katanya, beliau turut tertanya-tanya apa tindakannya yang didakwa mengkhianati orang Melayu dan umat Islam selama ini.

“Selama lapan bulan saya tanya di Parlimen, apa yang saya buat khianat kepada Melayu dan Islam, adakah kerana saya sokong Ketua Menteri, (Chow Kon Yeow) sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang?

“Saya tidak khianat, saya terima kenyataan geopolitik dan realiti dan saya mahu negera ini aman.

“Semua negeri lain, Melayu Islam pegang. Semua jawatan-jawatan utama (seperti) Agong, Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Gabenor Bank Negara, semuanya orang Melayu Islam.

“Jadi, selamatkan negara ini dan jangan izinkan ada permusuhan kaum yang menyebabkan kita kembali runtuh kerana nilai kita dan kedangkalan ilmu kita,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Penutup Seminar Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang di sini hari ini yang turut dihadiri Kon Yeow.

Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan bantuan kewangan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Pulau Pinang.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, sebarang kekurangannya dalam mentadbir Kerajaan Persekutuan boleh ditegur supaya dapat diperbaiki.

“Ada sesetengah orang saya pakai capal, (merek) tak setuju…bila saya pakai baju samping (masuk) dalam pun dikata tak elok, itu tak apa.

“Tapi ada satu perkara dia (orang) yang tak boleh pertikai..saya tak guna kuasa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan untuk curi duit negara, untuk zalim kepada rakyat seperti mana difitnah mengecilkan dan mengkhianati Islam dan kaum Melayu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya