Anwar minta jentera Perpaduan tidak defensif

Anwar minta jentera Perpaduan tidak defensif

ANWAR Ibrahim ketika menyampaikan ucapan di hadapan ahli dan penyokong PH dan BN sempena Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Kedah di Padang Awam Guar Chempedak, Jerai. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERAI: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan jentera Kerajaan Perpaduan tidak terlalu bersikap defensif dalam menghadapi serangan pembangkang menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Beliau berkata, Kerajaan Perpaduan memiliki pendirian yang harus dipegang antaranya menyelamatkan negara dan menjamin perpaduan serta keadilan.

Kata Perdana Menteri, pimpinan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO tidak boleh mengalah tetapi perlu melawan dan menyerang kembali secara habis-habisan.

“Saya harap kita faham, kita jangan defensif, saya tengok kadang-kadang strategi kita berkempen ini terlalu defensif. Dulu propaganda dia (Perikatan Nasional) ‘bersih’ dan kita pula tak jawab banyak, rupa-rupanya tertanam di sebahagian anak-anak muda kita, memang betul ‘bersih’.

“Saya Menteri Kewangan, tengok fail-fail. Saya dulu Ketua Pembangkang, memang serang kuat, tapi tak terjangkau apa yang mereka lakukan dengan perjudian haram, orang kata biasa, masa UMNO setakat lapan (cabutan khas), masa PN naik kepada 22.

“Masa kita, saya dengan Datuk Zahid (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi) antara langkah pertama kita turunkan kembali (cabutan) kepada lapan, ini bukan perkara kecil dan ini menyebabkan kita mengalah,” katanya semasa berucap pada program Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Kedah di Padang Awam Guar Chempedak, di sini.

Dalam pada itu, Anwar yakin PH dan BN mampu menang pada PRN Kedah sekiranya kedua-dua ahli parti itu dapat menerima sesiapa sahaja calon yang dipilih pimpinan gabungan berkenaan.

Anwar selaku Pengerusi Majlis Pimpinan Kerajaan Perpaduan berkata, menjadi tugas kepada pimpinan kedua-dua gabungan itu untuk menerangkan perkara itu kepada ahli agar dapat menerima calon PH atau BN.

“Satu undi daripada ahli UMNO kepada musuh adalah pengkhianatan besar kepada bangsa, parti dan agama. Itu kena jadi fahaman dan keyakinan kita kerana Islam lebih baik dimartabatkan dalam negara berbilang kaum ini dengan pendekatan dibawa kita.

“Kalau bawah mereka, keadaan akan lebih menakutkan kerana negara pelbagai kaum dan agama tidak mampu melihat bibit perpecahan dalam kalangan rakyat. Sebab itu, saya minta betul-betul dan beritahu Datuk Seri Zahid berulang kali, tetapkan bahawa kalau calon PH calon kita, calon BN calon kita,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN