Ahli, penyokong UMNO diminta berlapang dada terima senarai calon - Utusan Malaysia

Ahli, penyokong UMNO diminta berlapang dada terima senarai calon

AHMAD Said (dua kiri) diberi penerangan ketika melawat sebuah gerai pameran selepas Program Madani Afiat & One Hour Malaysia Clean Up Peringkat Negeri Terengganu 2023 di Program Perumahan Rakyat Padang Hiliran, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said meminta semua ahli dan penyokong parti itu berlapang dada dengan senarai calon yang diumumkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Beliau berkata, semua senarai calon Barisan Nasional (BN) itu telah dimuktamadkan oleh  Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan perlu dihormati semua pihak.

Menurutnya, secara lumrah beberapa nama calon diserahkan untuk bertanding, namun keputusan akhir terletak pada presiden parti.

“Saya akur (dengan senarai calon) kerana kita telah pertimbangkan dan kita dah bincangkan, kemudian Presiden dah buat keputusan, itu hak dia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai desas-desus yang mengatakan terdapat bantahan penyokong untuk calon BN bagi kerusi DUN Ajil di Parlimen Hulu Terengganu.

Terdahulu, Ahmad ditemui selepas menghadiri Program Madani Afiat & One Hour Malaysia Clean Up Peringkat Negeri Terengganu 2023 di Program Perumahan Rakyat Padang Hiliran, di sini, hari ini.

Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu berkata, beliau juga tidak menolak kemungkinan penukaran calon pada saat-saat akhir ekoran protes terbabit.

Jelas beliau, penukaran calon pernah berlaku sebelum ini dan bukan menghairankan kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku dalam politik.

“Dalam politik, pelbagai kemungkinan boleh berlaku (perubahan calon) selagi belum tibanya hari penamaan.

“Ia pernah berlaku di tempat lain (perubahan nama calon), itu biasa selagi tidak serah borang (penamaan), namun saya tak boleh cakap (perubahan calon akan berlaku di Terengganu pada saat-saat akhir), saya bukan ahli nujum,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya