ADUN Petagas tidak risau tindakan saman Warisan

ADUN Petagas tidak risau tindakan saman Warisan

AWANG AHMAD SAH SAHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah Sahari tidak risau sekiranya Parti Warisan (Warisan) ingin mengenakan tindakan saman terhadap bekas ADUN keluar parti.

Beliau berkata, ia terpulang kepada Warisan jika ingin mengambil tindakan di mahkamah dan terserah kepada mahkamah untuk membuat keputusan.

“Kalau Warisan mahu ambil tindakan terhadap saya atau mana-mana wakil rakyat yang telah berpindah, itu urusan mereka dengan mahkamah. Saya tidak risau, itu masalah Warisan,” katanya ketika diminta mengulas tentang tindakan saman yang ingin diambil oleh Warisan terhadap bekas ADUN yang keluar parti.

Bekas Ketua Penerangan Warisan itu berkata, semasa pilihan raya banyak keputusan yang dibuat oleh Warisan tidak begitu baik. Itu menyebabkannya memutuskan untuk meninggalkan parti selepas mengambil kira apa yang terbaik untuk rakyat di kawasannya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kandungan surat yang ditandatangan bersama Warisan tidak menyebut mengenai keperluan untuk mengosongkan kerusi.

Menurut beliau, kandungan surat yang ditandatangani hanya untuk menjadi calon dan menyatakan taat setia kepada parti. Ia tidak menyebut tentang perlu mengosongkan kerusi sekiranya keluar parti.

Malah, surat itu juga tidak menyebut apa-apa mengenai bon yang perlu dibayar apabila ADUN keluar daripada parti.

“Kita tiada sign (tandatangan) bon, kita cuma tandatangan untuk jadi calon dan berjanji setia kepada parti,” katanya.

Ahmad Sah yang kini menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) berkata, sejak keluar parti pada 27 Februari lalu, beliau belum menerima sebarang surat saman daripada Warisan.

Pada 20 Julai lalu, Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyatakan Warisan dalam proses memfailkan tindakan saman terhadap 10 bekas ADUN yang melangga syarat perjanjian ditandatangani semasa menjadi calon Pilihan Raya Negeri (PRN) 2020.

Tindakan saman itu diambil susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap kes bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamarudin yang diperintahkan untuk membayar bon berjumlah RM10 juta kepada PKR.

Selain Ahmad Sah, ADUN lain yang akan berhadapan tindakan saman ialah Datuk Dr. Yusof Yacob (Sindumin), Datuk Mohamaddin Ketapi (Segama), Datuk Peter Anthony (Melalap), Datuk Juil Nuatim (Limbahau), Rina Jainal (Kukusan), Norazlinah Arif (Kunak), Mohammad Mohamarin (Banggi), Ben Chong (Tanjung Kapor) dan George Hiew (Karamunting). –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya