Ada penyokong Najib tidak keluar mengundi PRN nanti - Nazifuddin

Ada penyokong Najib tidak keluar mengundi PRN nanti – Nazifuddin

MOHD. NAZIFUDDIN NAJIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sokongan umum dan akar umbi terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak adalah besar dan mungkin melebihi sokongan kepada parti UMNO sendiri.

Dalam situasi itu, Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Datuk Mohd. Nazifuddin Najib menjangkakan, ada sebilangan penyokong bekas Perdana Menteri itu yang tidak keluar mengundi ataupun memberikan undi kepada pihak lawan pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Katanya, ia sekali gus mempunyai kesan yang mungkin signifikan dari segi sokongan orang Melayu kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Saya perhatikan dari media sosial dan juga pendapat kawan-kawan, memang ramai yang semakin kecewa sebab tidak kelihatan ada apa-apa hasil nyata terhadap memulangkan keadilan kepada Najib sejak Kerajaan Perpaduan terbentuk lapan bulan dahulu.

“Ia sama ada dari segi pengampunan Najib ataupun beberapa daripada baki lapan kes mengarut terhadap Najib digugurkan. Malah kes audit 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang Najib menang tanpa diarah bela diri pun kerajaan sedang merayu,” katanya hari ini.

Anak kepada Najib itu berkata, beliau juga melihat semakin sukar untuk menyakinkan penyokong sebagaimana turut diulaskan adiknya, Nooryana Najwa dan ulasan Khairy Jamaluddin dengan Shahril Sufian Hamdan minggu lepas.

Jelasnya, ini lah sebab ada beberapa pemimpin-pemimpin pihak lawan dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas turut menyuarakan sokongan mereka kebelakangan ini bagi pembebasan Najib.

Katanya, ia dengan harapan bahawa penyokong-penyokong Najib akan memberi undi kepada mereka.

Bagaimanapun, beliau percaya Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sedar kepada kemungkinan ini dan dilihat antara sebab Presiden UMNO itu telah mengeluarkan kenyataan pada minggu lepas agar penyokong Najib terus percaya kepada parti dan menyokong Kerajaan Perpaduan dalam enam PRN akan datang.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahmad Zahid adalah veteran politik yang sangat berpelangaman dan saya percaya mereka sedar perkara ini dan mungkin ada perancangan mereka masing-masing bagi mengatasi isu ini,” katanya.

Sebelum ini, anak Najib, Nooryana dilaporkan sebagai berkata, pihaknya mengakui ramai penyokong Najib seolah-olah sudah hilang sabar, malah mereka juga tidak mudah dipujuk lagi.

Situasi ini berlaku apabila Najib terus dibebani dengan kes-kes dan pertikaian baharu.

Antaranya, kes cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri, dana RM114 juta yang telah pun diakui dimiliki UMNO dan kes sivil 1MDB. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya