80 pemain, 6 negara sertai Terbuka Amatur Wanita RSGC ke-46

80 pemain, enam negara sertai Kejohanan Terbuka Amatur Wanita RSGC Ke-46

DARI kanan: Kapten Golf Wanita, Aileen Tan; Stella Chau; Pengerusi Jawatankuasa Golf, Ezani Abu Bakar dan Pengarah Kejohanan, Dr. Chew Seng Poh bergambar bersama trofi yang bakal dipertandingkan pada Kejohanan Terbuka Amatur Wanita RSGC ke-46 pada 1 hingga 3 Ogos nanti.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 80 pemain golf wanita bakal berentap merebut empat trofi yang dipertandingkan dalam Kejohanan Terbuka Amatur Wanita RSGC ke-46 yang bakal berlangsung pada 1 hingga 3 Ogos ini di Kelab Golf Diraja Selangor (RSGC), Kuala Lumpur.

Menurut Pengerusi Penganjur Bersama, Stella Chau, peserta berpeluang merebut empat trofi yang dipertandingkan iaitu Trofi Tuanku Bahiyah (Juara Gross), Trofi Toh Puan Norashikin (Juara Nett), Trofi Datin Azian (Juara Gross Berpasukan) dan Trofi Clarissa Lee (Juara Nett Berpasukan).

“Kami amat berbesar hati dan mengalu-alukan rakan-rakan dari seluruh Malaysia dan seluruh rantau menyertai Kejohanan Terbuka Amatur Wanita RSGC yang ke-46 pada tahun ini.

“Setakat ini enam negara menyatakan persetujuan untuk menghantar pemain mereka iaitu Filipina, Sri Lanka, Jepun, Korea Selatan, India dan Singapura.

“Dengan penyertaan pemain amatur wanita dari enam negara ini nanti, ia bakal menjadikan kejohanan ini sebagai landasan penting dalam memperkembangkan sukan golf di negara ini,” katanya ketika berucap dalam sidang akhbar sempena pelancaran kejohanan itu di RSGC, semalam.

Pada kejohanan edisi ke-46 ini juga, beberapa syarikat turut bersetuju untuk menjadi penaja utama antaranya MKH Berhad, Carlsberg Malaysia dan Bang & Olufsen.

Selain itu, AHAM Asset Management Berhad (Affin Hwang), Ajinomoto Malaysia, Jebsen & Jessen Malaysia Sdn. Bhd., dan Bermaz Auto Berhad tidak ketinggalan untuk menjadi penaja bersama kejohanan.

Manakala Royal Selangor International Sdn. Bhd. pula menaja trofi, sementara 100Plus (Fraser & Neave Holdings Bhd), Carlsberg Malaysia dan Ajinomoto Malaysia tampil sebagai penaja minuman.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penaja, termasuk Titoni dan Bang dan Olufsen yang menaja hadiah jam tangan Titoni dan pembesar suara bagi pemenang Hole-In-One,” katanya.

Kepada mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejohanan ini, boleh layari http://lao.thersgc.com/. Tarikh tutup kejohanan pada 21 Julai ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya