496 pegawai kanan, anggota polis dikenakan tatatertib

496 pegawai kanan, anggota polis dikenakan tatatertib lima bulan pertama tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kira-kira 496 pegawai kanan dan pegawai rendah polis dikenakan tindakan tatatertib sepanjang lima bulan pertama tahun ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak 34 individu dibuang kerja.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, sepanjang tempoh itu, sebanyak 309 individu diberi amaran diikuti denda (88 orang) lucut hak emolumen (lima orang) tangguh pergerakan gaji (lapan orang), turun gaji (tiga orang) dan turun pangkat (tiga orang).

“PDRM tidak pernah berkompromi terhadap mana-mana pegawai kanan atau pegawai rendah polis yang terlibat dalam sebarang kegiatan rasuah, salah laku dan salah guna kuasa.

“Kami ada data-data menunjukkan PDRM tidak berkompromi terhadap warga PDRM yang melakukan kesalahan dan melanggar undang-undang negara,” katanya di sini hari ini.

Azri berkata, tahun lepas PDRM telah mengenakan tindakan buang kerja ke atas 154 pegawai kanan dan rendah polis dengan 891 orang diberi amaran diikuti denda (232 orang), lucut hak emolumen (119 orang) tangguh pergerakan gaji (38 orang) turun gaji (17 orang) dan turun pangkat (15 orang).

Pada tahun 2021 pula PDRM telah mengenakan tindakan buang kerja ke atas 117 pegawai kanan dan rendah polis dengan 913 diberi amaran selain denda (316 orang), lucut hak emolumen (150 orang), tangguh pergerakan gaji (34 orang) turun gaji (16 orang) dan turun pangkat (25 orang). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN