3 pengunjung pusat hiburan ditahan positif dadah - Utusan Malaysia

3 pengunjung pusat hiburan ditahan positif dadah

DUA lelaki dan seorang wanita ditahan polis di sebuah pusat hiburan di George Town, Pulau Pinang, kelmarin kerana disyaki positif dadah jenis THC dan Benzo.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 22 hingga 27 tahun ditahan polis di sebuah pusat hiburan, di sini kelmarin kerana disyaki positif dadah jenis THC dan Benzo.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut menjalankan operasi di pusat hiburan itu kira-kira pukul 2.15 pagi.

“Hasil pemeriksaan di dalam pusat hiburan tersebut, polis telah menahan seramai 50 lelaki dan 35 wanita tempatan untuk dijalankan pemeriksaan air kencing dan mendapati dua lelaki serta seorang wanita positif pelbagai jenis dadah iaitu THC dan Benzo,” katanya di sini hari ini.

Menurut Soffian, kesemua tangkapan ditahan reman mengikut Seksyen 117 kanun prosedur jenayah selama satu hari pada hari sama untuk siasatan dan telah dijamin polis.

“Kes disiasat di bawah seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang
mana jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan pengawasan bagi tempoh tidak kurang dua tahun dan tidak lebih dari tiga tahun.

“Orang ramai dinasihatkan tidak terlibat dengan aktiviti penggunaan dadah semasa mengunjungi pusat hiburan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya