YBR sumbang bantuan kewangan kepada Muhammad Syahril

YBR sumbang bantuan kewangan kepada Muhammad Syahril

SYAIFUL Rizal Abdul Ghani (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Muhammad Syahril Saidi sambil diperhatikan Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin di Perumahan Myhome, Kendis Bachok, Kelantan. - IHSAN YBR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyumbangkan bantuan kewangan kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, Muhammad Syahril Saidi, 18, untuk membiayai keperluan harian dan sebagai persediaan kemasukan pengajian di peringkat universiti.

Sumbangan itu disampaikan Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani di kediaman Muhammad Syahril di Perumahan Myhome, Kendis Bachok, Kelantan.

Menurut Syaiful Rizal, YBR terpanggil untuk membantu Muhammad Syahril selepas melihat berita dia mendapat keputusan yang cemerlang, tetapi pada masa turut kehilangan ibu tercinta dua hari selepas keputusan SPM diumumkan.

“Dengan pemberian bantuan ini diharapkan dapat membantu mengurangkan bebanan serta duka yang kini ditanggung oleh Muhammad Syahril serta sebagai pemangkin untuk meneruskan kecemerlangan di peringkat seterusnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Syaiful Rizal, bantuan itu diharapkan dapat memudahkan Muhammad Syahril untuk memulakan pengajian dalam bidang yang diceburi.

Kata Syaiful, pihak YBR juga mendoakan adik Syahril dan keluarga serta anak-anak yatim yang lain dapat menjalani kualiti kehidupan yang lebih baik, mendapat lindungan olehNya dan juga dipermudahkan segala urusan kelak.

Kisah Muhammad Syahril sebelum ini tular selepas pengorbanannya menjaga dan menyantuni ibu yang sakit turut berjaya memperoleh keputusan 11 A dalam SPM.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Ugama Arab (SMUA) Darul Iman, Beris Lalang itu bagaimanapun memilih untuk terus menyambung pelajaran di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Maahad Yaakubiah, Kampung Nipah biarpun menerima lebih 10 tawaran sebelum ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya