PETALING JAYA: Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL) mendakwa terdapat kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) memonopoli premis-premis perniagaan dengan menjadi orang tengah sehingga memberi tekanan pada peniaga yang menyewa. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Yang Dipertua PKPKL, Samsudin Mohamad Fauzi berkata, pihaknya mendapat maklumat bahawa pekerja PBT sendiri mempunyai banyak kedai yang nama pemilik diletakkan nama-nama ahli keluarga terdekat. Menurut beliau, tindakan tersebut bagi membolehkan mereka mengaut keuntungan berlebih-lebihan daripada peniaga…










