Tunjuk bukti - M. Nasir - Utusan Malaysia

Tunjuk bukti – M. Nasir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer terkenal, Datuk M. Nasir mencadangkan kepada pihak yang mendakwa penjurian Anugerah Industri Muzik (AIM) bersifat favoritsm dan berat sebelah agar tampil berserta bukti untuk menyokong dakwaan mereka.

Kata beliau, isu tersebut tidak perlu diperkatakan selagi dakwaan-dakwaan tersebut tidak disertakan sebarang bukti.

“Pada saya, tak ada apalah. Kalau nak tuduh, sertakan bukti,” komennya ringkas.

Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) menerusi laporan dikeluarkan Utusan Malaysia hari ini menafikan berlaku berat sebelah terhadap pemilihan pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) seperti yang didakwa beberapa pihak sebelum ini.

Jelas pengerusinya, Rosmin Hashim, berat sebelah atau ketidak telusan terhadap keputusan dalam anugerah bersprestij itu tidak berlaku kerana adanya proses pemilihan yang ketat dan bebas daripada campur tangan pihak-pihak berkepentingan.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya