Tular penunggang motosikal Ducati jatuh jejambat SUKE

Tular penunggang motosikal Ducati jatuh jejambat SUKE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tular rakaman video memaparkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Ducati, terjatuh dari jejambat Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Ulu Kelang, dekat sini hari ini.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 12 saat itu menunjukkan sebuah motosikal melawan arus dari arah Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) naik ke Lebuhraya SUKE.

Dalam kejadian pukul 1.05 petang berkenaan, penunggang motosikal Ducati itu dikatakan dari arah Ampang.

Setibanya di lokasi, motosikal ditunggang mangsa dirakam gagal dikawal dipercayai cuba mengelak motosikal yang melawan arus.

Keadaan itu menyebabkan motosikal mangsa merempuh pembahagi jalan sebelum dia tercampak ke bawah jejambat.

Mangsa dipercayai mengalami kecederaan parah dan dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan  dalam masa terdekat selepas hasil siasatan awal diperoleh daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Daerah Ampang Jaya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN