Sumbangan Tunai Fasa 3 disalur sebelum Aidiladha - PM 

PARLIMEN: Sumbangan Tunai Fasa 3 disalur sebelum Aidiladha – PM 

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan menjangka menyalurkan Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 kepada penerima yang layak sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bayaran itu melibatkan peruntukan lebih RM2 bilion dan akan memanfaatkan lapan juta penerima yang akan menerima bayaran antara RM100 hingga RM1,300.

“Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 yang melebihi RM2 bilion dengan bilangan penerima lapan juta akan disalurkan sebelum Hari Raya Haji, Insya-Allah.

“Ebelia sebanyak RM200 melibatkan belia berusia 18 hingga 21 tahun akan disalurkan sebelum minggu ketiga bulan ini,” katanya semasa sesi Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini. 

Umat Islam di Malaysia dijangka menyambut Hari Raya Aidiladha, 29 Jun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN