Sotong dijual murah di musim mencandat - Utusan Malaysia

Sotong dijual murah di musim mencandat

SEBAHAGIAN daripada pelanggan memilih sotong yang dijual di kedai Sauffian Sauji di Durian Burung, Kuala Terengganu. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Musim mencandat sotong di perairan Terengganu sejak bulan lalu mendorong seorang peniaga menjual sotong pada harga 30 peratus lebih murah berbanding harga pasaran.

Sauffian Sauji, 36, berkata, dia menjual sotong segar sebanyak 309 hingga 400 kilogram (kg) setiap hari di kedainya yang terletak di Durian Burung dekat sini.

Katanya, jumlah sotong yang dijual akan meningkat kepada 600 hingga 700kg pada hujung minggu dan cuti umum.

“Harga sotong yang dijual sentiasa berubah-ubah mengikut harga modal yang dikeluarkan namun memberi jaminan ia antara yang termurah di pusat bandar ini.

“Kita jual pelbagai jenis gred. Paling murah sotong halus ha­nya RM5 sekilogram dan sotong bulat pula RM7 sekilogram. Ini memang sentiasa jadi rebutan pelanggan kerana harganya terlalu murah.

“Ada juga sotong gred A iatu saiz paling besar dijual dalam RM32 atau RM33 sekilogram,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Selain kedai di Durian Burung, Sauffian turut memiliki satu lagi kedai di Kampung Tualang dekat Manir yang turut menjual pelbagai barangan keperluan dengan harga yang murah.

Selain sotong, pelbagai hasil laut turut dijual di kedainya seperti ikan kerisi dijual pada harga RM15 sekilogram, siakap (RM19), cencaru (RM12), sela­yang A (RM14), selayang S (RM12), lolong (RM14), selar gred A (RM16), selar gred B (RM14) dan ikan kunyit remong (RM6).

“Walaupun tak mengaut untung lumayan, kami berpuas hati dapat melihat senyuman gembira daripada pelanggan kerana berpeluang menikmati hasil laut yang segar pada harga yang berpatutan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya