Selebriti harap HibGlam salur informasi bermanfaat

Selebriti harap HibGlam salur informasi bermanfaat

Portal hiburan Hibglam menggabungkan semua laporan hiburan dan gaya hidup daripada akhbar Kosmo!, Utusan Malaysia dan MMtv.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Artis tanah air menyambut baik langkah Media Mulia Sdn. Bhd. melancarkan portal hiburan https://hibglam.com.my/ yang menggabungkan semua laporan hiburan dan gaya hidup daripada akhbar Kosmo!, Utusan Malaysia dan MMtv.

Mereka turut berkongsi rasa teruja dengan ‘cahaya mata’ baharu Media Mulia itu yang mengetengahkan tagline ‘Hiburan Sensasikan Gaya Hidup’ dan menyajikan info menarik serta terkini dalam dunia hiburan tempatan dan luar negara.

Pelakon jelita, Anna Jobling dalam ucapannya kepada HibGlam mengucapkan tahniah atas transisi daripada sisipan akhbar kepada portal digital.

“Semoga dengan kewujudan HibGlam dapat memberi banyak impak kepada dunia hiburan, khususnya anak seni tempatan,” ucapnya.

Sementara itu, selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa juga tidak ketinggalan menzahirkan penghargaan kepada kemunculan HibGlam dalam membekalkan informasi bermanfaat kepada pembaca.

“Tahniah atas kelahiran HibGlam. Semoga dengan kelahiran portal ini dapat memberi info dan ilmu bermanfaat kepada pembaca untuk dijadikan rujukan.

“Diharapkan juga HibGlam dapat menyajikan maklumat tentang gaya fesyen muslimah yang baik untuk manfaat bersama selain membekalkan informasi hiburan yang baik kepada pembaca,” katanya.

Pelakon kegilaan ramai hari ini, Meerqeen ketika dihubungi turut berkongsi rasa teruja dengan kehadiran portal HibGlam oleh Kosmo!.

Sebagai salah seorang selebriti tanah air, Meerqeen berharap HibGlam dapat memeriahkan industri hiburan tempatan dengan maklumat bermanfaat.

“Kosmo! antara media yang banyak menaikkan nama saya sejak mula berkecimpung dalam bidang seni.

“Sudah tentu HibGlam akan mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada saya pada masa akan datang.

“Terus sebarkan kebaikan dengan memberi lebih banyak kisah inspirasi anak seni kepada pembaca. Semoga portal ini mampu menjadi rujukan bagi membina industri hiburan tanah air. Tahniah HibGlam,” ujarnya.

Penyanyi bersuara gemersik, Dayang Nurfaizah tidak ketinggalan berkongsi rasa gembira dengan kewujudan HibGlam.

Katanya, kemunculan HibGlam pasti akan memeriahkan lagu suasana industri seni tempatan dengan membekalkan maklumat berguna dalam dunia hiburan.

“Selamat maju jaya dan tahniah buat HibGlam. Semoga dengan hadiran portal ini dapat memberi manfaat kepada dunia hiburan tempatan.

“Bagi saya, bagus jika ada pelbagai platform digital yang menyajikan informasi terhadap dunia hiburan,” jelasnya.

Senada dengan Dayang, penyanyi Aina Abdul yang berpendapat kemunculan portal hiburan seperti HibGlam akan merancakkan lagi arena seni hiburan tanah air.

“Tiada kata selain tahniah atas pelancaran portal Hib Glam yang pastinya akan merancakkan lagi industri hiburan tanah air dengan sajian informasi hiburan yang berguna buat masyarakat.

“Kosmo! sentiasa menyokong karier saya sejak dulu, saya yakin HibGlam akan menjadi salah satu portal yang dipercayai dan menjadi rujukan hiburan oleh ramai nanti, apa-apa pun saya akan sentiasa sokong,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN