KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri digesa melaksanakan segera kelas al-Quran di semua Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) seliaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di seluruh negeri ini. Gesaan tersebut disuarakan sebahagian besar ibu bapa yang berharap anak-anak mereka dapat menyertai kelas tersebut sama seperti Tabika Kemas di lokasi lain. Seorang kakitangan swasta, Nur Adilah Osman, 36, berkata, kelas al-Quran itu patut diwujudkan segera untuk membimbing anak-anak di Tabika Kemas dengan kitab suci berkenaan.…










