PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi memberikan Sapura Energy Berhad dan 22 anak syarikat hak milik penuhnya tempoh lanjutan selama sembilan bulan dari 11 Jun 2023 hingga 10 Mac 2024 untuk cadangan penstrukturan semula hutang. Perintah itu, yang pada mulanya telah dikeluarkan oleh Mahkamah pada 8 Mac 2023 menurut Seksyen 366 dan 368 Akta Syarikat, akan tamat tempohnya pada 11 Jun 2023. Menurut Sapura Energy, perintah itu membolehkan setiap syarikat memanggil pemiutangnya untuk bermesyuarat bagi mempertimbangkan dan meluluskan cadangan skim pengaturan dan kompromi sebagai sebahagian daripada rancangan penstrukturan semula hutang bagi seluruh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya