Ribut petir diramal berlaku esok

Ribut petir diramal berlaku esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir dijangka berlaku di satu dua tempat di semua negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan pada hari esok.

Namun begitu, bagi kawasan Wilayah Persekutuan Putrajaya pula, diramalkan cuaca cerah berpanjangan dari pagi hingga ke malam.

Sementara itu, menjelang hari Jumaat pada minggu ini, ribut petir serta berlaku taburan hujan sedikit di satu dua tempat di seluruh negeri kecuali bandar-bandar di ibu negara.

Sehubungan itu, perkembangan cuaca panas di seluruh negara pada hari ini memaparkan suhu maksimum harian adalah di bawah 35 darjah Celcius.

Dalam masa yang sama, hanya kawasan di Bentong, Pahang pada ketika ini berada di tahap satu (berjaga-jaga) pada suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celcius.

Menurut MetMalaysia, keadaan suhu harian di Bentong bagi hari ini  tidak akan berlarutan sehingga ke dua tiga hari, ekoran daerah tersebut juga dijangka akan dilanda ribut petir menjelang keesokannya.

Sementara itu, jangkaan gelombang  El-Nino yang  melanda bermula pada akhir bulan Jun, masih belum jelas menunjukkan tanda-tanda awal bagi fenomena tersebut.

Justeru itu, MetMalaysia menasihati orang agar sentiasa peka dengan perubahan cuaca semasa dengan mendapatkan maklumat melalui laman sesawang https://www.met.gov.my. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya