ALOR GAJAH: Keadaan ekonomi yang belum pulih sepenuhnya dan program korban luar negara yang lebih murah menjadi antara punca kemerosotan permintaan lembu tempatan untuk ibadah korban tahun ini. Ketika ditemui Utusan Malaysia, pemilik Ladang Fidlot Azfanur Enterprise, Siti Nur Fatimah Azman, 30, berkata, dia hanya menerima tempahan sebanyak 100 ekor lembu pada tahun ini berbanding 150 ekor tahun lalu. Katanya, kebanyakan tempahan itu diterima daripada syarikat swasta, kerajaan negeri dan…










