PRN: UMNO Terengganu tawar manifesto realistik  - Utusan Malaysia

PRN: UMNO Terengganu tawar manifesto realistik 

MUHAMMAD PEHIMI YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: UMNO Terengganu akan menawarkan manifesto yang realistik  kepada rakyat negeri ini dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Ketua Penerangan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata, rangka manifesto itu sudah 80 peratus siap dan merangkumi kebajikan untuk semua golongan di negeri itu.

Menurutnya, UMNO akan melaksanakan semula semua program kebajikan yang pernah dilakukan ketika sebelum ini dengan dana yang jauh lebih besar daripada yang diperuntukkan Pas pada masa sekarang.

“Sebenarnya tiada program kebajikan yang baharu diperkenalkan Pas ketika memerintah Terengganu sebaliknya mereka hanya menjenamakan semula program yang telah kita laksanakan satu ketika dahulu.

“Contohnya dulu kita buat dana raya dengan peruntukan hampir RM80 juta, namun bila Pas perintah dia tukar jadi i-Fitri dengan peruntukan lebih kecil hanya RM40 juta.

“Maksudnya, jumlah penerima semakin kecil dan ramai yang layak tercicir kerana jumlah peruntukan tidak sebesar ketika zaman UMNO perintah dahulu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Ahmad Said mengumumkan pinjaman pembelian motosikal tanpa faedah sebanyak RM5,000 kepada golongan belia jika BN memenangi PRN negeri itu.

Peminjam hanya perlu membayar balik sebanyak RM4,500 manakala bakinya RM500 pula adalah subsidi daripada kerajaan negeri.

Manifesto seterusnya ialah pemberian e-book kepada murid sekolah rendah yang mengandungi kandungan sukatan pelajaran sekaligus menangani masalah beg sekolah yang berat.

Mengulas lanjut, Muhammad Pehimi berkata, bidang pendidikan juga akan diberi tumpuan utama seperti yang pernah dilaksanakan dahulu antaranya tuisyen percuma, pemerkasaan program untuk calon peperiksaan dan pendidikan agama untuk kanak-kanak seawal usia lima tahun.

“Banyak yang tiada pada zaman pemerintahan Pas akan kita kembalikan semula dan semua manifesto itu akan kita umumkan sepenuhnya selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan nanti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya