PETALING JAYA: Polis menafikan mengeluarkan notis meminta seorang wanita hadir membantu siasatan kes penyeludupan dadah dan penggelapan wang berjumlah RM1.8 juta seperti tular di media sosial.
Polis Kontinjen Kuala Lumpur dalam kenyataan di Facebook berkata, notis kehadiran suspek itu adalah palsu.
Justeru, orang ramai dinasihatkan tidak berkongsi atau menyebarkan notis berkenaan.
Berdasarkan notis yang tular itu, wanita berusia 24 tahun didakwa terbabit kes penyeludupan dadah dan penggelapan wang berjumlah RM1.8 juta di Melaka.
Sekiranya suspek tidak memberi kerjasama dalam tempoh dua jam, polis akan mengeluarkan waran tangkap dan akan membekukan semua akaun bank dalam masa dua tahun selain direman 45 hari.
Suspek juga perlu merahsiakan perkara itu mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972. – UTUSAN