PN umum 10 ‘panglima perang’ masa terdekat 

PN umum 10 ‘panglima perang’ masa terdekat  

HAMZAH ZAINUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan senarai 10 ‘panglima perang’ yang disisihkan UMNO dalam masa terdekat.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pengumuman itu akan dibuat dalam program bersesuaian yang sudah diaturkan.

“Insya-Allah kita tengah buat perancangan dan akan umumkan dalam waktu terdekat untuk kita sesuaikan dengan program yang sudah kita aturkan,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Antara nama yang disebut-sebut dalam senarai 10 ‘panglima perang’  sebelum ini adalah bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar serta  bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang  dikatakan bakal menyertai PN.

Mengulas lanjut mengenai perkembangan Khairy sama ada beliau akan bertanding mewakili PN pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini, Hamzah hanya sekadar tersenyum sebagai respon daripada soalan yang dilontarkan petugas media.

Beliau menjelaskan yang perkara itu diserahkan kepada Pengerusi PN merangkap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menentukannya. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.