PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada dua buah sekolah Malaysia yang berjaya disenarai pendek sebagai 10 teratas bagi Anugerah Sekolah Terbaik Dunia 2023.
“Salute saya buat warga pendidik dan anak-anak atas pencapaian ini, semoga terus mengorak langkah mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang,” ciapnya dalam satu hantaran di Twitter, hari ini.
Terdahulu, media melaporkan, Sekolah Kebangsaan Seri Permai, Pulau Pinang berjaya disenarai 10 Teratas bagi Anugerah Sekolah Terbaik Dunia 2023 untuk kategori Inovasi.
Sekolah Kebangsaan Kanchong Darat, Selangor pula berjaya disenarai 10 Teratas bagi Anugerah Sekolah Terbaik Dunia 2023 untuk kategori Gaya Hidup Sihat.- utusan










