Plat kenderaan ‘bukan permintaan Wan Azizah

Plat kenderaan ‘Isteri YAB Perdana Menteri’ bukan atas permintaan Wan Azizah

PLAT kenderaan atas nama ‘Isteri YAB Perdana Menteri’ yang tular dalam media sosial
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Plat kenderaan ‘Isteri YAB (Yang Amat Berhormat) Perdana Menteri’ yang disediakan oleh kerajaan negeri bukan dibuat atas permintaan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong berkata, video dan gambar tular yang tertera plat kenderaan atas nama ‘Isteri YAB Perdana Menteri’ disediakan oleh kerajaan negeri dan ia adalah amalan yang dilakukan terhadap mana-mana tetamu kehormat yang mengadakan lawatan kerja dan lawatan rasmi ke Sabah.

“Adalah menjadi amalan kerajaan negeri Sabah bertanggungjawab menyediakan kemudahan kenderaan bagi Perdana Menteri dan isteri, Timbalan-Timbalan Perdana Menteri dan isteri serta yang melibatkan kehadiran tetamu-tetamu kehormat yang lain semasa lawatan kerja dan lawatan rasmi.

“Kemudahan kenderaan yang disediakan termasuklah meletakkan plat kenderaan atas nama gelaran jawatan tetamu dan isteri yang menggunakan kenderaan tersebut.

“Plat yang ditularkan bukan atas permintaan isteri Perdana Menteri, Wan Azizah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Safar berkata demikian bagi mengulas tentang gambar tular mengenai plat kenderaan atas nama ‘Isteri YAB Perdana Menteri’ yang dipercayai diambil di salah sebuah hotel terkemuka di sini.

Dalam sebuah video dan gambar tular dalam laman sosial, kelihatan sebuah kenderaan serba guna (MPV) yang menggunakan plat nama ‘Isteri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri’.

Paparan tular itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN