Pernah tinggal sekali, cucu dedah sikap sebenar Hamka - Utusan Malaysia

Pernah tinggal sekali, cucu dedah sikap sebenar Hamka

IHSAN: JEJAK TARBIAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Abdul Hadi Hamka, 51, yang juga merupakan cucu kepada tokoh nusantara, Allahyarham Abdul Malik Karim Amrullah atau Hamka menyifatkan atuknya sebagai seorang individu yang sangat penyayang dan konsisten dalam melakukan pekerjaan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia di Tayangan Perdana Filem Buya Hamka Vol. 1, semalam, Abdul Hadi tidak dapat melupakan memori masa kecilnya yang membesar di rumah Hamka sehingga usia 9 tahun.

“Saya sering tidur bersamanya di dalam satu bilik. Oleh itu, saya sering melihat aktiviti seharian beliau dari bangun pagi sehinggalah tidur. Selalunya beliau akan membaca al-Quran sebelum tidur kemudian bangun lagi untuk solat malam.

“Di siang hari, beliau akan menerima tetamu dan menghabiskan masanya untuk menulis karangan. Semuanya dicatat. Hamka seorang yang sangat konsisten dan berdisiplin.

“Beliau tidak hanya memberi motivasi kepada orang lain, malah turut memberi motivasi kepada dirinya sendiri,” katanya.

Sepanjang membesar bersama-sama Hamka, Abdul Hadi tidak menafikan bahawa atuknya yang juga merupakan ulama besar nusantara sangat mementingkan pendidikan.

“Apa yang menakjubkan, beliau selalu melihat hidup secara konteks. Contohnya, daripada konteks seorang kanak-anak yang masih kecil.

“Jadi, Hamka tidak hanya menjadi guru, malah turut menjadi sahabat dan seorang atuk kepada saya.

“Saya tidak lupa bagaimana cara beliau mengajar saya. Bagi Hamka, pendidikan agama perlu dimulakan sejak kecil. Beliaulah yang mengajar saya mengenal huruf al-Quran, agama dan budaya,” tambahnya.

Melihat filem Buya Hamka akhirnya ditayangkan di Malaysia, Abdul Hadi terharu dengan penghargaan yang diberikan seluruh rakyat Malaysia.

“Saya sangat terharu dan tersentuh dengan penghargaan masyarakat Malaysia terhadap Buya Hamka. Oleh itu, atas nama besar keluarga Buya Hamka, saya ingin ucapkan terima kasih.

“Saya melihat filem ini sebagai karya sinematografi yang menampilkan Hamka dari pelbagai sudut. Filem ini akan mengajak kita mengenal Hamka secara dekat khususnya bagi generasi muda.

“Semoga kita dapat menjadikan kasih-sayang dan perjuangannya sebagai teladan,”katanya lagi.

Filem biografi Hamka terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian pertama yang banyak menceritakan kehidupan Hamka sebagai pengurus Muhammadiyah dan ketua editor di majalah Pedoman Masyarakat bakal menemui penonton Malaysia bermula 15 Jun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya