Peranan FBINAA penting bagi keselamatan serantau, global

Peranan FBINAA penting bagi keselamatan serantau, global

RAZARUDIN HUSAIN 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBINAA) Asia Pasifik memainkan peranan penting bagi memastikan keselamatan serantau dan global.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, trend jenayah yang semakin kompleks memerlukan kerjasama agensi penguatkuasaan secara kolektif untuk memeranginya.

“Program FBINAA juga penting dalam menjalinkan hubungan yang lebih baik dalam kalangan anggota dan pegawai dari setiap agensi penguat kuasa.

“Akademik Kebangsaan FBI menyediakan latihan penyiasatan berkaitan jenayah siber, hak sivil, jenayah terancang rentas sempadan, weapons of mass destruction dan jenayah kolar putih,” katanya dalam ucapan semasa Majlis Pelancaran Persidangan FBINAA Asia Pasifik ke-23 di sini, hari ini.

Persidangan itu dilancarkan Timbalan Perdana Menteri. Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Razarudin, kerjasama yang meluas dalam latihan itu memberi keputusan yang lebih baik dalam memerangi jenayah rentas sempadan.

“(FBINAA) Asia Pasifik telah ditubuhkan pada 1984 yang terdiri daripada 49 negara termasuk Malaysia. 

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa dipandang tinggi, latihan sebagai medium untuk meningkatkan kemahiran penyiasatan dan pengurusan untuk memanfaatkan penguatkuasaan undang-undang,” katanya.

Beliau mempunyai keyakinan dan kepercayaan yang tinggi terhadap persidangan itu kerana turut menyediakan peluang yang lebih luas kepada pegawai PDRM untuk meluaskan rangkaian kerjasama.

“Saya berharap persidangan itu menjadi platform untuk setiap agensi penguat kuasa kerjasama dan perkongsian yang lebih aktif bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam membanteras jenayah,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Antarabangsa FBI, Raymond P. Duda berkata, kerjasama antarabangsa dalam kalangan agensi penguatkuasaan pelbagai adalah penting untuk mengekang jenayah sempadan.

“Kita perlu bekerja rapat di peringkat antarabangsa untuk membendung ancaman tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN