Penyu agar ditemukan mati akibat perbuatan khianat - Utusan Malaysia

Penyu agar ditemukan mati akibat perbuatan khianat

KEADAAN seekor penyu agar yang ditemukan mati terdampar di Pantai Pandak, Chendering, Kuala Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Ke­terujaan seorang wani­ta melihat seekor penyu di Pantai Pandak dekat Chendering di sini bertukar sedih apabila penyu tersebut ditemukan mati.

Nor Shazwa Samnuri, 27, dari Bukit Payong, Marang, berkata, dia melihat seekor penyu berada di pesisir pantai tersebut kira-kira pukul 4 petang kelmarin.

Bagaimanapun kata­nya, dia kemudian terus mendekati penyu tersebut dan terkejut apabila mendapati ia adalah bangkai reptilia itu.

“Ini kali pertama saya dapat melihat penyu, namun tak sangka pula ia telah mati.

“Paling saya sedih sebab tengok cengkerang penyu itu pecah dan kaki­nya diikat dengan batu, seolah-olah sengaja mahu ditenggelamkan, dibiarkan mati.

“Saya sempat ambil beberapa keping gambar sebagai bukti penemuan tersebut untuk rujukan pihak yang bertanggungjawab,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Sementara itu, Ketua Makmal Penyelidikan Luar, Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Madya Dr. Mohd. Uzair Rusli berkata, berdasarkan gambar yang tular, penyu tersebut adalah spesies agar.

“Berdasarkan corak pada badan, nampak macam masih muda, namun jantina sukar dipastikan kerana tiada pemeriksaan fizikal.

“Kematian akibat khi­anat bukan kali pertama berlaku kerana sebelum ini ada kes penyu yang diikat dengan batu, malah ada kes kesan toreh di bahagian perut,” katanya.

Sehubungan itu beliau berharap perkara ini dipandang serius semua pihak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya