Penunggang motosikal maut  dihempap pokok tumbang

Penunggang motosikal maut  dihempap pokok tumbang

SEORANG penunggang motosikal maut manakala beberapa yang lain cedera dalam kejadian pokok tumbang akibat ribut di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu, George Town, Pulau Pinang awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dihempap pokok yang tumbang dalam kejadian ribut di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu menghala ke pusat bandar, di sini, hari ini.

Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kejadian kira-kira pukul 1.15 pagi itu dipercayai turut membabitkan dua kereta jenis Marcedes Benz dan Perodua Myvi  serta dua motosikal jenis Yamaha Y15 dan Avantis.

 Difahamkan, terdapat tiga mangsa iaitu dua lelaki yang juga penunggang  motosikal masing-masing  dilaporkan mengalami kecederaan patah paha dan kaki manakala seorang wanita cedera ringan.

Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk mendapatkan  rawatan lanjut manakala mangsa maut diserahkan kepada polis.

Operasi menyelamat mangsa dilakukan oleh pasukan bomba dan pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) turut membantu melakukan kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohd. Hafiz Hafizal Timaradin mengesahkan kejadian dan memberitahu pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.26 pagi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN