Penuh bunga mawar, ramai cair tengok video lamaran Ubai - Utusan Malaysia

Penuh bunga mawar, ramai cair tengok video lamaran Ubai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas mengikat tali pertunangan bulan lalu, penyanyi Shila Amzah, 33, berkongsi dua video romantis seputar lamaran yang dibuat pempengaruh media sosial, Ubai Mz, 25, yang diadakan di sebuah taman tema air baru-baru ini.

Kedua-duanya tiba dalam busana sedondon berwarna putih sebelum masing-masing berjalan beriringan ke sebuah meja makan malam yang penuh dihiasi kelopak mawar merah dan nyalaan lilin.

Seperti babak di dalam filem, selepas makan malam, mereka menaiki sebuah bot kecil yang dihiasi bunga putih. Mereka dibawa merentasi tasik dan melewati sebuah jambatan dengan perkataan bergantung yang tertulis ‘sudikah awak mengahwini saya, Sha?’

“Alhamdulillah, pertama kali seumur hidup,” tulis Shila pendek di dalam kasyen Instagramnya, bersyukur dan gembira dengan kejutan yang dibuat tunangnya itu.

Di akhir video, Ubai mengeluarkan sebentuk cincin. Menyerahkannya kepada Shila sebagai tanda bersedia menjadikan penyanyi itu sebagai suri hatinya.

Sebelum ini, Ubai pernah mendedahkan bakal mengahwini Shila dalam masa terdekat iaitu pada tahun ini juga. Namun begitu, dia masih berahsia mengenai tarikh majlis pernikahan mereka.

Terdahulu, Shila dan Ubai selamat mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis sederhana pada 27 Mei yang lalu. Mereka turut memuat naik gambar pertunangan di atas pelamin dalam baju berona ungu di Instagram mereka.

Perkenalan antara Shila dan Ubai bermula hanya sebagai kawan di platform media sosial TikTok sebelum masing-masing berhubung lebih rapat selepas itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya