LANGKAWI: Penduduk Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting di sini, masih menunggu pembinaan klinik kesihatan dan ambulans laut seperti yang pernah diumumkan oleh bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Tinjauan Utusan Malaysia di Jeti Pelancongan Pekan Rabu mendapati, penduduk menghadapi kesukaran untuk berulang-alik mendapatkan rawatan terutamanya pada waktu bot penambang tidak beroperasi. Seorang pekerja perkhidmatan bot tambang, Shafizal Akmar Shahidan, 31, berkata, ada pesakit yang memerlukan rawatan susulan terpaksa berulang-alik ke…










