Penduduk bimbang, anjing peliharaan dibaham harimau kumbang - Utusan Malaysia

Penduduk bimbang, anjing peliharaan dibaham harimau kumbang

AMIN Kassim menunjukkan kesan tapak kaki dipercayai harimau kumbang dalam kejadian terbaharu anjing peliharaannya dibaham haiwan liar itu di Kampung Orang Asli Kalang Meranti, Kuala Pilah. - UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Sepasang suami isteri Kampung Orang Asli Kalang Meranti, yang terletak di sempadan daerah Rembau dan Kuala Pilah, bimbang dengan keselamatan diri mereka selepas mendakwa anjing peliharaan dibaham harimau kumbang.

Amin Kassim, 52, berkata, kejadian berlarutan sejak tiga minggu lalu sehingga me­nimbulkan rasa tidak selamat penduduk serta pekebun di kawasan berhampiran Bukit Miku serta Inas itu.

Menurutnya, anjing peliharaan mereka yang pada mulanya sebanyak 15 ekor kini tinggal lapan ekor sahaja.

“Pada awalnya saya dan isteri, Zauwiyah Jeyah, 52, dikejutkan dengan salakan anjing pada pukul 11 malam dengan anjing memandang ke arah kawasan hutan di seberang jalan.

“Saya kemudian lihat ekor anjing kami sudah berlipat ke bawah. Mengikut petua masyarakat Orang Asli, kalau kedudukan ekor anjing sebegitu ditambah pula dengan bau hamis, itu petanda kehadiran harimau kumbang.

“Kira-kira pukul 2.50 pagi sekali lagi anjing kami me­nyalak dan bau sama makin kuat, sebaik sahaja pintu rumah dibuka, isteri saya nampak ekor harimau kumbang itu yang melarikan diri ke hutan seberang jalan,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya, selepas diperiksa terdapat tompokan darah, kesan tapak kaki harimau dan dua ekor anjingnya hilang.

Jelasnya, kejadian berkenaan merupakan kemunculan harimau kumbang kali ketiga di kawasan itu dengan kejadian pertama dan kedua berlaku pada bulan lepas.

“Kalau semua anjing kami sudah mati, selepas ini siapa pula yang akan jadi korban?” Soalnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya