PETALING JAYA: Akibat terdesak memerlukan wang untuk meneruskan kelangsungan hidup, seorang peminjam terjerumus di dalam perangkap sindiket peras ugut yang beridentitikan sebagai ah long sehingga membawa tempias kepada keluarga dan kenalannya. Seorang pekerja persendirian yang tidak ingin namanya didedahkan memberitahu Utusan Malaysia, dirinya diminta untuk memuat turun sebuah aplikasi sebelum sindiket penipuan wang itu boleh memberikannya wang diminta. Katanya, beliau tidak menyedari bahawa aplikasi dimuat turun dan dipasang di telefon…










