PDRM dapatkan maklumat terkini berkenaan Jocelyn

PDRM dapatkan maklumat terkini berkenaan Jocelyn

ACRYL SANI ABDULLAH SANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat permohonan kepada Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mendapatkan maklumat dan lokasi terkini pelawak kelahiran Singapura, Jocelyn Chia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya akan melakukan permohonan berkenaan esok bagi membantu siasatan berhubung video tular di media sosial.

“Selain itu, PDRM juga sudah membuat salinan transkrip ucapan suspek dalam klip video berkenaan.

“Pada 7 Jun lalu, polis sudah membuat permohonan profiling kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan perkara itu masih dalam tindakan SKMM,” katanya selepas merasmikan Program Lawatan Hospital sempena peringatan Hari Polis ke-216 di Hospital Tuanku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani (HPKK), hari ini.

Tambahnya, siasatan kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 504/505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Terdahulu, seorang pelawak wanita dipercayai kelahiran Singapura bertindak keterlaluan memperlekeh Malaysia dalam satu persembahan komedi berdiri Singapore vs Malaysia yang dipercayai diadakan di Manhattan, New York, baru-baru ini.

Menerusi klip video dimuat naik menerusi akaun TikTok, Chia turut membandingkan Malaysia yang hanya bertaraf negara membangun, berbanding negaranya lebih maju selepas lebih 40 tahun berpisah dari Tanah Melayu.

Sepanjang rakaman video berdurasi satu minit 29 saat itu, pengisian bahan lawak dipersembahkan Chia berbaur kata-kata menghina dan memek muka memperlekeh Malaysia.

Ini termasuk jenaka keterlaluan yang menyentuh mengenai kehilangan pesawat Malaysia, MH370 yang dikatakan tidak mendarat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN